Kenali Sasterawan Negara

Anugerah Sasterawan Negara adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan di Malaysia menerusi karya-karya dalam Bahasa Melayu yang bermutu tinggi.

Penerima anugerah ini akan dikurniakan Warkah Penghormatan Negara berserta hadiah wang tunai sebanyak RM 60,000. Sasterawan Negara juga akan diberikan kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta dan menerbitkan karya-karya mereka di samping kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan.

Semenjak ia diperkenalkan pada tahun 1981, seramai dua belas orang sasterawan yang telah menerima Anugerah Sasterawan Negara dan berikut adalah karya-karya mereka yang menjadi pilihan J 4 Jaka:

Sasterawan Negara Pertama: Kamaludin Muhammad (Keris Mas)
Tahun: 1981

Keris Mas

Karya Pilihan J 4 Jaka: Rimba Harapan

 

Sasterawan Negara Kedua: Dato’ Shahnon Ahmad
Tahun: 1982

Shahnon Ahmad

Karya Pilihan J 4 Jaka: Serengenge

 

Sasterawan Negara Ketiga: Datuk Dr. Usman Awang
Tahun: 1983

Usman Awang

Karya Pilihan J 4 Jaka: Muzika Uda dan Dara

 

Sasterawan Negara Keempat: Datuk A. Samad Said
Tahun: 1986

A Samad Said

Karya Pilihan J 4 Jaka: Salina

 

Sasterawan Negara Kelima: Muhammad Dahlan Abdul Biang Andi (Arena Wati)
Tahun: 1988

Arena Wati

Karya Pilihan J 4 Jaka: Sakura Mengorak Kelopak

 

Sasterawan Negara Keenam: Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
Tahun: 1991

Muhammad Haji Salleh

Karya Pilihan J 4 Jaka: Buku Perjalanan Si Tanggang II

 

Sasterawan Negara Ketujuh: Datuk Noordin Hassan
Tahun: 1993

Noordin Hassan

Karya Pilihan J 4 Jaka: Bukan Lalang Ditiup Angin

 

Sasterawan Negara Kelapan: Datuk Abdullah Hussain
Tahun: 1996

Abdullah Hussain

Karya Pilihan J 4 Jaka: Imam

 

Sasterawan Negara Kesembilan: Syed Othman bin Syed Omar (S. Othman Kelantan)
Tahun: 2001

S Othman Kelantan

Karya Pilihan J 4 Jaka: Juara

 

Sasterawan Negara Kesepuluh: Dr. Anwar Ridhwan
Tahun: 2009

Dr Anwar Ridhwan

 

Karya Pilihan J 4 Jaka: Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman

 

Sasterawan Negara Kesebelas: Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah
Tahun: 2011

Kemala

Karya Pilihan J 4 Jaka: Meditasi

 

Sasterawan Negara Keduabelas: Datuk Dr. Baharuddin Zainal (Baha Zain)
Tahun: 2013

Baha Zain

Karya Pilihan J 4 Jaka: Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

 

Sumber rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s